40

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 40. Bagi kegunaan lain, sila lihat 40 (nombor).


Milenium: milenium pertama
Abad:
Dekad:
Tahun:

40 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Vardanes I menjadi raja Parthia, dan ditentangi oleh abang (atau adiknya), Gotarzes II.
  • Trung bersaudari dari Vietnam memberontak terhadap pemerintahan Maharaja Guangwu dari Han di China.

Empayar Rom

  • Maharaja Caligula menjadi konsul tanpa konsul bersama.
  • Maharaja Caligula memulakan sebuah kempen ketenteraan untuk manaklukkan Britain, tetapi gagal dengan teruk.
  • Noricum dan Mauretania digabungkan ke dalam Empayar Rom.
  • Maharajas Caligula menjadikan empayarnya sebagai sebuah autokrasi keyunanian. Baginda memberikan kurniaan dengan sewenang-wenangnya, mengisytiharkan diri sebagai dewa, dan menitahkan bahawa semua kepala arca Yunani digantikan dengan arca kepalanya. Selain itu, Caligula juga menjadikan kudanya sebagai senator.

Eropah

Mengikut topik

Agama

  • Agama Kristian diperkenalkan ke Mesir apabila sebuah gereja diasaskan di Alexandria. Mark si Mubaligh, sebagai paus pertama, mengasaskan Gereja Ortodoks Qibti.
  • Gereja Kristian awal dibina di Corinth (tarikh yang paling mungkin).
  • Pesach, perayaan Yahudi, diterimaguna oleh penganut-penganut Kristian dan dinamai semula sebagai Easter.

Seni dan Sains

  • Philo mengajar bahawa semua orang dilahirkan bebas.

Kelahiran

Kematian

  • Januari - Gnaeus Domitius Ahenobarbus, suami Agrippina si Lebih Muda, dan abang (atau adik) ipar Maharaja Caligula (akibat dropsi).
  • Ptolemy dari Mauretania (dihukum mati oleh Caligula)
  • Philo dari Alexandria, ahli falsafah Yahudi