Saiz coli dirujuk dengan menggunakan nombor dan huruf (contohnya 34B). Nombor diambil berdasarkan ukuran sangkar rusuk di bawah payudara. Huruf pula adalah ukuran berapa besar payudara daripada sangkar rusuk. Contohnya, seseorang dengan beza tiga inci di antara ukuran payudara dan ukuran sangkar rusuk perlu memakai coli bersaiz mangkuk C. Namun ini tidak selalunya benar kerana coli daripada pereka yang berlainan mempunyai saiz yang berbeza. Kebanyakan wanita lebih suka mencari jenama dan saiz yang mereka selesa dengan mencuba dahulu.
Bikini · Girdel · Seluar dalam kawalan · Seluar dalam Perancis ·Seluar dalam · Seluar dalam lelaki · Seluar dalam wanita · Seluar pendek lelaki · Seluar tap ·Tali-G · Thong