Halibut

Togok Atlantik

Halibut atau togok ialah nama umum bagi tiga spesies ikan sebelah dalam keluarga sebelah bermata kanan. Di beberapa kawasan, biarpun agak jarang, spesies-spesies ikan sebelah besar yang lain turut dipanggil halibut atau togok.

Spesies

Analisis kladistik berdasarkan genetik dan morfologi pada 2018 menunjukkan bahawa togok Greenland mencapah daripada garis keturunan yang menghasilkan togok Atlantik dan Pasifik. Leluhur bersama ketiga-tiga spesies ini pula mencapah daripada garis keturunan yang menghasilkan genus Verasper, yang merangkumi togok tompok dan sebelah sirip palang.[1]

Nelayan di Seward, Alaska, dengan tangkapan togok segar
Photo of several, near human-sized white fish. Two people hold halibuts.
Togok yang ditangkap di luar pantai Raspberry Island, Alaska, pada 2007: Kededua ikan ini mencecah 18 hingga 23 kg (40 hingga 50 lb)
Togok cenderung berwarna perang gelap berbintik-bintik pada bahagian yang menghadap ke atas dan putih pada bahagian bawah
  • Genus Hippoglossus
    • Halibut atau togok Atlantik, Hippoglossus hippoglossus – hidup di Atlantik Utara
    • Halibut atau togok Pasifik, Hippoglossus stenolepis – hidup di Lautan Pasifik Utara
  • Genus Reinhardtius
    • Halibut atau togok Greenland, Reinhardtius hippoglossoides – hidup di lautan dingin Atlantik utara, Pasifik utara dan Artik

Spesies lain yang dipanggil "togok"

  • Keluarga yang sama (Pleuronectidae), iaitu togok sebenar
    • Togok tembak, Eopsetta grigorjewi
    • Togok tompok, Verasper moseri
  • Keluarga Paralichthyidae
    • Sebelah California, Paralichthys californicus – terkadang dipanggil "togok California"
    • Sebelah zaitun, Paralichthys olivaceus – terkadang dipanggil "togok kacukan"
  • Keluarga Psettodidae
  • Keluarga Carangidae (keluarga rambai, bukan ikan sebelah)
    • Bawal hitam, Parastromateus niger – terkadang dipanggil "togok Australia"

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar