Laci

Laci diperbuat dari kayu

Laci merupakan bekas berbentuk kotak yang terkandung di dalam sesebuah perabot yang boleh ditarik keluar secara mendatar untuk mengambil sesuatu di dalamnya. Laci boleh wujud di dalam pelbagai jenis perabot, termasuklah kabinet, almari, meja, dan seumpamanya.

Pembuatan

Laci boleh diperbuat daripada pelbagai cara menggunakan pelbagai bahan, termasuklah kayu, lembaran logam, dan plastik.

Laci kayu selalunya direka agar muka depan lengkap dan ira kayu dari kepingan kayu sebelah sisi tidak kelihatan. Penjurunya mungkin ditanggam untuk menambah kekuatan atau untuk kelihatan estetik.[1]

Pergerakan

Gelongsoran laci selalunya mempunyai mekanisme untuk memastikan laci tidak ditarik sepenuhnya dari kurungannya secara tidak sengaja.

Walau dengan jenis pelekap yang paling ringkas, laci seharusnya terhalang untuk ditarik melihat seluruh bahagian dalamnya, melainkan ditarik sepenuhnya terpisah dari kabinet, selalunya menyebabkan isi daripada laci tercampak ke lantai.[2][3]

Rujukan

  1. ^ Jerzy Smardzewski [ Furniture Design], m/s. 67, di Buku Google
  2. ^ Alvan C. Nye. "Notes on Furniture Draughting". "American Architect and Architecture, Volume 46". 1894. p. 58.
  3. ^ Alvan Crocker Nye. "Furniture Designing and Draughting". 1907. p. 85.