Peringgit merupakan suatu tempat di daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah pusat pengangkutan bersepadu Melaka Sentral. Di sini juga terdapat sebuah taman perumahan yang diberi nama Taman Peringgit Jaya dan Taman Cempaka. Kawasan Peringgit bersempadan dengan Bachang, Bukit Baru.
Bukit Peringgit yang berdekatan dengan Peringgit merupakan sebuah tempat yang menjadi kediaman rasmi Ketua Menteri negeri Melaka. Di Peringgit terdapat pelbagai kemudahan asas serta kedai-kedai dan kawasan komersil yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Pasaraya Lotus's dan Mydin. Disini terdapat sebuah poliklinik iaitu Poliklinik Peringgit yang menjadi tempat penduduk berdekatan dan juga luar kawasan mendapatkan rawatan dengan mudah.