Raclette
| Raclette | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Pressed uncooked cheese (en) |
| Pensijilan | Gelaran asal dilindungi, Label Rouge (en) |
| Asalan | |
| Negara | Switzerland, Perancis |
| Kawasan | Alpen |
| Ciri-ciri | |
| Sumber susu | Lembu |
| Dipasteurkan | Ya |
| Tekstur | Keras |
| Kandungan lemak | 45% |
| Tempoh penuaan | 3 bulan[1] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Raclette adalah keju yang berasal dari Wallis di Switzerland dan Savoie di Perancis dan dibuat daripada susu lembu yang dipasteur.[1] [2] Nama keju ini berasal daripada perkataan "racler" yang dalam bahasa Perancis bermaksud "mengikis" atau "menggerik".[1] Pada zaman pertengahan, para gembala Switzerland gembira dengan keju Raclette yang pedas.[1] Mereka pun suka memanaskan setengah keju tersebut dengan api dan mengerik keju yang telah dipanaskan tersebut.[1] Keju tersebut sering dimakan bersama dengan kentang rebus.[2] Disebabkan boleh meleleh dengan baik maka keju Raclette boleh digunakan untuk roti bakar, souffle dan daging panggang.[1] Apabila keju ini dibakar maka keju tersebut menjadi rangup dan enak.[1]
