Togg
| Jenis/bentuk sah | Anonim Şirketi |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | Euronext: RNO |
| Industri | Automotif |
| Ditubuhkan | 2018 |
| Ibu pejabat | Gebze, Turki |
| Kawasan perkhidmatan | Antarabangsa |
| Tokoh penting | Mehmet Gürcan Karakaş (CEO) Sergio Rocha (COO) |
| Keluaran | Automobil |
| Bilangan kakitangan | 1000+ (2022) |
| Tapak web | www.togg.com.tr |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Togg ialah sebuah syarikat milik kerajaan Turki yang berpangkalan di Gebze, yang mengeluarkan kereta elektrik. Ia diasaskan pada 2018.
Pada akhir 2010-an, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menggesa penciptaan jenama kereta penumpang nasional yang baharu. Ini mengakibatkan pengumuman rancangan pelancaran jenama TOGG pada November 2017[1][2], yang mula beroperasi secara rasmi pada 2018.
Pada 27 Disember 2019, pembentangan rasmi dua kereta TOGG pertama telah berlangsung di ibu pejabat syarikat di Gebze, Turki.[3] Acara itu mempamerkan reka bentuk SUV elektrik kompak dan sedan kompak yang juga elektrik.
Permulaan pengeluaran bersiri kenderaan yang dibangunkan oleh studio Itali Pininfarina pada 2018 ditetapkan pada penghujung 2022.[4]
